Sunday 14 October 2012

PENULISAN UPSR BAHAGIAN C

Contoh Arahan Soalan :
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh dari dalam petikan. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Contoh petikan :

Hassan     : Salam sejahtera, Marwan.
Marwan   : Salam sejahtera.
Hassan     : Saya ucapkan tahniah kerana saudara telah dinobatkan
                  sebagai Tokoh Murid.
Marwan  :  Saya bersyukur kepada Allah dan terharu dengan
                  anugerah tersebut.Saya mengambil kesempatan di sini
                  untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru
                  yang mendidik saya.
Hassan   :  Saya dimaklumkan bahawa kecemerlangan saudara di
                 sekolah berterusan hingga ke peringkat UPSR. Siapakah
                 yang mendorong saudara ?
Marwan :  Ibu bapa dan keluarga saya yang menjadi pendorong
                 utama atas kejayaan saya ini. Mereka sentiasa
                 menggalakkan saya berusaha sehingga berjaya dengan
                 cemerlang. Bapa saya mengharapkan saya meneruskan
                 cita-cita sebagai seorang ahli kimia.
Hassan   :  Bolehkah saudara beritahu mengapa saudara meminati
                  bidang tersebut.
Marwan :  Saya bersyukur kerana semasa di sekolah, guru-guru
                 yang mengajar saya telah mendorong saya sehingga saya
                 tertarik hati dalam bidang tersebut. Mereka sering
                 mengaitkan bidang ini dengan kehidupan manusia
                 seharian. Saya juga banyak membaca buku-buku
                 berkaitan sains yang dapat membantu kehidupan
                 manusia.
Hassan   :  Kebanyakan murid kurang berminat dengan bidang ini.
                  Apakah yang akan saudara lakukan sehingga saudara
                  berjaya dalam bidang ini? 
Marwan  : Sebenarnya bidang ini tidak begitu sukar. Kita perlu
                 berusaha untuk mengetahui teknik-teknik belajar yang
                 betul untuk mempelajarinya. Latihan dan ulang kaji juga
                 perlu dilakukan dengan cekal. Selain itu, kita perlu
                 membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan.



NILAI DAN HURAIAN BERDASARKAN TEKS.


Bil.              Nilai                            Huraian

1.           menghormati                     memberi salam ketika bertemu.

2.           memberi penghargaan       kepada seseorang yang 
                                                        mendapat penghargaan.

3.           menghargai                        jasa dan bimbingan murid.

4.           prihatin/bertanggung-        memberikan dorongan kepada
              jawab                                 anak-anak supaya cemerlang
                                                        dalam bidang yang diceburi.

5.          rajin                                    menimba ilmu

6.          berdisiplin                           belajar dengan cara yang betul.




Contoh jawapan yang lengkap:

         Sikap menghormati antara satu sama lain seperti mengucapkan salam ketika bertemu  orang lain merupakan amalan yang perlu dicontohi. Seterusnya, kita wajar menghargai jasa guru yang telah membimbing kita. Selain itu, ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap anak-anak dengan  memberi dorongan supaya mereka berjaya dalam bidang yang diceburi. Di samping itu,  sebagai murid  kita perlu rajin menimba ilmu seperti Hussain. Akhir sekali, amalkanlah sikap berdisiplin sewaktu belajar dengan menggunakan cara yang betul.







No comments:

Post a Comment