PANDUAN PENULISAN UPSR BAHAGIAN C.
Contoh 1:
Ayat : Sampai di sekolah, aku terus meletakkan basikal di
tempat yang disediakan.
Kata kerja dalam ayat : meletakkan basikal di tempat yang
disediakan.
Nilai/ jelmaan : berdisiplin
Huraian berdasarkan petikan : meletakkan basikal di tempat yang
disediakan.
Contoh jawapan :
Kita perlu berdisiplin dengan meletakkan basikal di tempat yang disediakan.
Contoh 2 :
Ayat : Yasmin membaca buku ketika menunggu bas untuk
pulang ke rumah.
Kata kerja dalam ayat : membaca buku ketika menunggu bas untuk
pulang ke rumah.
Nilai/ jelmaan : rajin
Huraian berdasarkan petikan : mengisi masa lapang dengan
membaca buku ketika menunggu bas
untuk pulang ke rumah.
Contoh jawapan :
Kita hendaklah bersikap rajin contohnya mengisi masa lapang dengan membaca buku ketika menunggu bas untuk pulang ke rumah seperti yang dilakukan oleh Yasmin.
Contoh 3 :
Ayat : Marwan menyimpan lebihan duit belanja sekolahnya
di dalam tabung.
Kata kerja dalam ayat : menyimpan lebihan duit belanja sekolahnya
di dalam tabung.
Nilai/ jelmaan : berjimat cermat
Huraian berdasarkan petikan : berjimat cermat dengan menyimpan
lebihan duit belanja sekolahnya di
dalam tabung.
Contoh jawapan :
Kita perlu mengamalkan sikap berjimat cermat iaitu dengan menyimpan lebihan duit belanja sekolah di dalam tabung seperti yang dilakukan oleh Marwan.
No comments:
Post a Comment