Panduan Pengajaran Membina Ayat Kertas Penulisan UPSR Bahagian A.
Pastikan arahan soalan sama ada :
i. Bina lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam
gambar
atau...
ii. Bina lima ayat yang lengkap tentang gambar.
FAHAMI ARAHAN SOALAN.... sekiranya arahan i,
maka pastikan anda membina ayat TENTANG AKTIVITI atau KATA KERJA. Menjadi kesalahan sekiranya anda tidak menyatakan aktiviti dalam ayat tersebut.
atau......ii
Untuk arahan ii, anda bebas sama ada menyatakan aktiviti dalam ayat yang anda bina ataupun tidak. Ayat anda akan diterima kerana MEMATUHI arahan soalan, KERANA anda TELAH diberikan kebebasan. TETAPI INGAT...
AYAT YANG ANDA BINA MESTI MENEPATI TEMA YANG DIBERIKAN.
Gunakan Formula "OATS", apakah OATS?
O = orang
A = aktiviti (kata kerja)
T = tempat
S = situasi atau supaya
CONTOH 1 :
1. Orang : ________________________________________
Aktiviti : ________________________________________
Tempat : ________________________________________
Situasi/ Supaya : ___________________________________
Contoh jawapan :
Orang : Puan Salwa
Aktiviti : memasak bubur
Tempat : di dapur rumahnya
Situasa / supaya : sambil diperhatikan oleh Nani.
Ayat siap :
Puan Salwa memasak bubur di dapur rumahnya sambil ditemani oleh Nani.
CONTOH 2 :
2. orang : ___________________________________________
aktiviti : ____________________________________________
tempat : ____________________________________________
situasi / tempat : ____________________________________
Contoh jawapan :
Orang : Cikgu Marwan
Aktiviti : menyoal murid-muridnya
Tempat : di dalam kelas Tahun Enam Yakin
Situasi / sebab : semasa mengajar
Ayat siap :
Cikgu Marwan menyoal murid-muridnya semasa mengajar di dalam kelas Tahun Enam Yakin.
Semoga dengan panduan membina ayat yang dipaparkan ini anda akan dapat membina ayat yang lengkap serta menjawab mengikut kehendak soalan.
No comments:
Post a Comment